kerana Aku SayanG Kamu






Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu, SAHABATKU!

sumber : iluvislam.com

CinTa Itu......................=)



Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya...

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya...

-AMIN-

rama-RamA dAN wANIta....


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

NUKILAN :DR. HM TUAH

Jangan Putus Asa



“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.

Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?” “AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.” “Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.

Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?” “Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.” Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.

sumber: iluvislam.com

selamat Berjuang Kawan-Kawan.......


hehehe...rase2 sekarang nie...kebanyakan kawan-kawan yang still agi study ngah buzy mentelaah bagi menghadapi exam...betui x?...hehehe...aku pn xlama agi akan menghadapi exam gak...start exam aku 12/11/09 nie n then 17 dan 19 haribulan......bagi yang dah lepas n tamat exam...alhamdulilah segalanya sudah selesai...just bertawakal je sekrg nie.....bagi yg lum lagi exam macam aku nie....mau ucapkan gudluck pada kamu semua......semoga dapat menjawab soalan exam nanti yer...doakan yang terbaek untuk kawan-kawan semua terutama yang melayari blog aku nie serta follower aku...hehehe....haaa....pada adek2 yang ambik SPM N STPM gudluck gak diucapkan.....apapun wat yang terbaek.....k.....until then...XoxO....=)

Ada SEbUah cERIte.....


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim Bin Adham. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:"Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. " Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim Bin Adham berkata:" Syarat 1, jika kamu bermaksiat kepada ALLAH, jangan sekali-kali engkau memakan rezeki-NYA. " Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:" Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH?" Ya!" tegas Ibrahim Bin Adham." Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-NYA?"

"Yang ke-2," Kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-NYA!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya. "Wahai Abdullah, fikirlah, apakah kamu layak memakan rezeki-NYA dan tinggal di bumi-NYA, sedangkan kamu melanggar segala larangan-NYA?". "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat ke-3.

Ibrahim menjawab:" Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh-NYA!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin ALLAH tidak melihat kita?" " Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang ke-4. Ibrahim melanjutkan:" Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katalah kepadanya," Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datang kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?"

"Baiklah, apakah syarat yang ke-5?" Ibrahim pun menjawab:" Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tesebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata:" Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dan tidak tertahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada ALLAH" Katanya sambil teresak-esak.

Mahar cINta....


Ya ALLAH, jika saya jatuh cinta, cintalah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU

Ya Muhaimin, jika saya jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU

Ya ALLAH, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU, agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana, jika saya jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-MU

Ya Rabbul Izzati, jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU

Ya ALLAH, jika saya rindu, jagalah rindu padanya agar tidak lalai saya merindukan syurga-MU

Ya ALLAH, jika saya menikmati cinta kekasih-MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU

Ya ALLAH, jika saya jatuh hati pada kekasih-MU, jangan biarkan saya tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU

Ya ALLAH, jika KAU halalkan saya merindui kekasih-MU,jangan biarkan saya melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.....