EHEM...EHEMM...PEMBERITAHUAN..=P

hohohoho...aku baru jew masukkan site yang baru....aku judulkan site aku tu.....the dark side of me.....Apa aku nak cite dalam site nie macm2....
  • The dark side of me....- lebih pade apa berlaku dalm hidup aku kire macm diari....
  • sai_senpai world..... - lebih pade bg tips...or nasiht...or apa2 jewla yang bukn pasal diriku..
  • this is my life..... - lebih pada memory yang teringat nk cite...hehehe
  • landscape of my life.... - lebih pada nak letak gambr banyak2 laaa......

pade kawan follower rajen cinggah kew blog saye yng simple nie.....banyk angat bende nak kene belajr....hehehehe.....pada walking blog...cudi2 kan diri jadi follower saye....hehehe....until then...Xoxo...=)

Kita ini Tempayan Retak


Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;
" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf.
" Kenapa? " tanya si pengangkut air.
" Kenapa kamu berasa malu? "
" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;
" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.
Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;
" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "
Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.
sumber: iLuvislam.com

PeRsAHabaTaN....=)



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu..
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.....


  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu..


  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.....


  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu....


  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya..


  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya..


  • Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu....


  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia kan meringankan kesusahan kamu..


  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu..


  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu..


  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan..


  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat..


  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat......
Oleh itu....berhati-hatilah jika memilih kawan kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita..

Bila Kesunyian Datang........


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.



Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.



Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.



Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.



Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.



DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.



Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.



Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.



Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?



Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.



Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.



Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.



Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”
sumber: iLuvislam.com

Lima cara syukuri nikmat


KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."


Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita. Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahuberterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.


Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.


Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.


Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur. Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan?


Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.


Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.


Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.


Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.


Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.


Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.