Jangan Putus Asa



“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.

Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?” “AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.” “Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.

Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?” “Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.” Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.

sumber: iluvislam.com

selamat Berjuang Kawan-Kawan.......


hehehe...rase2 sekarang nie...kebanyakan kawan-kawan yang still agi study ngah buzy mentelaah bagi menghadapi exam...betui x?...hehehe...aku pn xlama agi akan menghadapi exam gak...start exam aku 12/11/09 nie n then 17 dan 19 haribulan......bagi yang dah lepas n tamat exam...alhamdulilah segalanya sudah selesai...just bertawakal je sekrg nie.....bagi yg lum lagi exam macam aku nie....mau ucapkan gudluck pada kamu semua......semoga dapat menjawab soalan exam nanti yer...doakan yang terbaek untuk kawan-kawan semua terutama yang melayari blog aku nie serta follower aku...hehehe....haaa....pada adek2 yang ambik SPM N STPM gudluck gak diucapkan.....apapun wat yang terbaek.....k.....until then...XoxO....=)

Ada SEbUah cERIte.....


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim Bin Adham. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:"Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. " Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim Bin Adham berkata:" Syarat 1, jika kamu bermaksiat kepada ALLAH, jangan sekali-kali engkau memakan rezeki-NYA. " Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:" Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH?" Ya!" tegas Ibrahim Bin Adham." Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-NYA?"

"Yang ke-2," Kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-NYA!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya. "Wahai Abdullah, fikirlah, apakah kamu layak memakan rezeki-NYA dan tinggal di bumi-NYA, sedangkan kamu melanggar segala larangan-NYA?". "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat ke-3.

Ibrahim menjawab:" Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh-NYA!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin ALLAH tidak melihat kita?" " Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang ke-4. Ibrahim melanjutkan:" Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katalah kepadanya," Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datang kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?"

"Baiklah, apakah syarat yang ke-5?" Ibrahim pun menjawab:" Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tesebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata:" Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dan tidak tertahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada ALLAH" Katanya sambil teresak-esak.

Mahar cINta....


Ya ALLAH, jika saya jatuh cinta, cintalah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU

Ya Muhaimin, jika saya jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU

Ya ALLAH, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU, agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana, jika saya jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-MU

Ya Rabbul Izzati, jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU

Ya ALLAH, jika saya rindu, jagalah rindu padanya agar tidak lalai saya merindukan syurga-MU

Ya ALLAH, jika saya menikmati cinta kekasih-MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU

Ya ALLAH, jika saya jatuh hati pada kekasih-MU, jangan biarkan saya tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU

Ya ALLAH, jika KAU halalkan saya merindui kekasih-MU,jangan biarkan saya melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.....