rama-RamA dAN wANIta....


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

NUKILAN :DR. HM TUAH

Jangan Putus Asa



“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.

Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?” “AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.” “Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.

Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?” “Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.” Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.

sumber: iluvislam.com

selamat Berjuang Kawan-Kawan.......


hehehe...rase2 sekarang nie...kebanyakan kawan-kawan yang still agi study ngah buzy mentelaah bagi menghadapi exam...betui x?...hehehe...aku pn xlama agi akan menghadapi exam gak...start exam aku 12/11/09 nie n then 17 dan 19 haribulan......bagi yang dah lepas n tamat exam...alhamdulilah segalanya sudah selesai...just bertawakal je sekrg nie.....bagi yg lum lagi exam macam aku nie....mau ucapkan gudluck pada kamu semua......semoga dapat menjawab soalan exam nanti yer...doakan yang terbaek untuk kawan-kawan semua terutama yang melayari blog aku nie serta follower aku...hehehe....haaa....pada adek2 yang ambik SPM N STPM gudluck gak diucapkan.....apapun wat yang terbaek.....k.....until then...XoxO....=)

Ada SEbUah cERIte.....


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim Bin Adham. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:"Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. " Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim Bin Adham berkata:" Syarat 1, jika kamu bermaksiat kepada ALLAH, jangan sekali-kali engkau memakan rezeki-NYA. " Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:" Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH?" Ya!" tegas Ibrahim Bin Adham." Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-NYA?"

"Yang ke-2," Kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-NYA!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya. "Wahai Abdullah, fikirlah, apakah kamu layak memakan rezeki-NYA dan tinggal di bumi-NYA, sedangkan kamu melanggar segala larangan-NYA?". "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat ke-3.

Ibrahim menjawab:" Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh-NYA!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin ALLAH tidak melihat kita?" " Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang ke-4. Ibrahim melanjutkan:" Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katalah kepadanya," Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datang kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?"

"Baiklah, apakah syarat yang ke-5?" Ibrahim pun menjawab:" Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tesebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata:" Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dan tidak tertahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada ALLAH" Katanya sambil teresak-esak.

Mahar cINta....


Ya ALLAH, jika saya jatuh cinta, cintalah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU

Ya Muhaimin, jika saya jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU

Ya ALLAH, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU, agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana, jika saya jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-MU

Ya Rabbul Izzati, jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU

Ya ALLAH, jika saya rindu, jagalah rindu padanya agar tidak lalai saya merindukan syurga-MU

Ya ALLAH, jika saya menikmati cinta kekasih-MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU

Ya ALLAH, jika saya jatuh hati pada kekasih-MU, jangan biarkan saya tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU

Ya ALLAH, jika KAU halalkan saya merindui kekasih-MU,jangan biarkan saya melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.....

keBerKAtan SuRah YaSSin....


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:

* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

* Jika terpenjara akan dibebaskan.

* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

KUMENANGIS......


Kumenangis Untuk Mu Wahai Negeri Yang Damai, Negeri Tempat Para Syuhada Yang Syahid Oleh Kebrutalan Sang Kafir Zionis, Negeri Tempat Bocah Intifada Yang Terbunuh Oleh Kebiadaban Israel Bengis, Negeri Suci Tiga Agama Wahai Baitul Maqdis,

Kumenangis Untukmu Wahai Negeri Yang Damai Tempat Desingan Peluru Dan Letusan Mortar , Bagai Musik Pengiring Malam Tempat Curahan Air Mata Dan Darah, Laksana Sungai Yang Mengalir Deras Tempat Tubuh-Tubuh Berserakan , Hancur Tak Bernyawa Tempat Setiap Orang Menanti Cemas…Esok Maut Giliran Siapa???

Dimanakah Kalian Yang Selalu Berkobar Tentang Perdamaian Dan Kemanusiaan Kala Ratusan Mayat Bergelimpangan Memenuhi Jalan-Jalan Gaza Kala Rintihan Bayi-Bayi Tak Berdosa Menggema Di Gang-Gang Ramalah Kala Aroma Hangus Tubuh Manusia Membumbung Di Udara Rafah Kala Israel Terang-Terangan Memperkosa Dan Membumi Hanguskan Palestina Lihat...! Palestina Bersimbah Darah ....Palestina Sedang Sekarat


sumber : iluvislam.com

seLamT hARI rAYA sEMUA!!!!


hehehe...bulan syawal dah tibe agi....hehehe.....kepada kawan2 aku yang melayari blog aku nie....aku mau ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.....mau gak mohon ampun sekira yer ade salah dan silap aku wat kat kowang semua sepanjang kite be frenzzz nie k....harap kawan2 semua enjoy ngan raye kat tempat masing2 k....enjoy the Eid day to all my frenz..............may ALLAH bless u all......=)

Wudhuk ZAhiR DaN BaTiN...=)



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatimberkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggotawudhuk dengan air".Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskansemua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali iniadalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir denganbaik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya....
- SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL=) -

KeleBihan Solat Sunat TeRAwIH.....

Emmm...sedang aku membelek-belek buku yang ayah aku beli iaitu Kelebihan 3 bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan serta pengisiannya oleh Budiman Radzi....terhenti sekijap aku pada isi kandungan yang bertajuk KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH....hmmm...ingin sekali aku letak di dalam blog aku....mengenai ilmu ini...ialah lagi sekargkan bulan Ramadhan....harap2 kalo ade kawan2 yang menlayari blog ini....boleh menambah ilmu....hehehehe....harap kite semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini..insya-ALLAH...




DIRIWAYATKAN oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w tentang fadhilat (kelebihan) solat sunat terawih pada bulan Ramadhan:-

Malam 1 : Keluar dosa-dosa oarang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.


Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat terawih serta ibubapanya(sekiranya mereka orang beriman).


Malam 3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan solat terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.


Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil, dan Al-Quran.


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjid Aqsa.


Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur(70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat terawih pada malam ini.


Malam 7 : seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.


Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang solat terawih seperti mana orang yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 11 : Keluar ia daripada dunia(mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan.


Malam 12 : Datang ia pada hari qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 : Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersolat terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari qiamat.


Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak Nabi-nabi.


Malam 18 : Seru malaikat: Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau(yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia).


Malam 19 : Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.


Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih malam ini,(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 : Allah S.W.T angkatkan daripadanya seksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal-mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000kali haji yang mabrur.
Malam 29 : Allah S.W.T kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKU, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga dan mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar"
P/S: kalo kite lihatla kelebihan solat sunat terawih untuk tiap2 malam....memg teramat2 n sgt2 la rugi kalo kite tidak pergi mengejarkan yer......besar ganjaran yang Allah bagi untuk tiap2 malam itu...dan ianya khas hanya dalam bulan Ramadhan jew....rajen2 kan diri bersolat sunat terawih....bukan ape...mane tahu bulan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir akan kite sambut????kite xtahu tapi Allah Maha Mengetahui Segalanya.....renung-renungkanlah......

aku Yang telah diTAGGED....

Huhuhu...terase males untuk menjawab soalan2 yang akan diajukan...tapi disebabkan perasaan tanggungjwab...aku menjawab juga la......kepada selipajopun...arigato kerana tagged diri ini.....hehehehehe.....
1.Nama timangan anda
erk...nama timang2 saye yerk...hmmm...kalo kat umah dipanggil akak shidah...kalo kat insititut dipanggil kak sai...kalo dak PBS kat Sek.Pasir Panjang panggey sai senpai...kalo anak murid panggey lak cikgu sai.....tapi kan penah satu peristiwa diri ini dipanggey belalang...sebab ape?adelah citew yer...huhuhuhu

2. Anda seorang yang
saye???...emmm..pekey2....kalo nak tau diri ini seorang yg agak blur....dan kadang cepat luper apa yang telah diperkatakan.....orang kate saye combong tapi sebenar yer saye pemalu n mak saye kate saye seorang yang suke ketawa....hehehehe...

3. Lagu feveret

emmmm....agak mementingkan pada melodi la gak...kalo sedap melodi yer...tu la akan jadi halwa telinga nie...hehehe...lirik lak..idok kicah angat pun...hehehe...tapi xsuke musik yang membingitkan gegendang telinga ini...hehehehe....

4. Makanan kegemaran

emmm...makanan....bagiku...masakan air tangan ibu la yang paling suke diisi dalam perut nie...n menjadi makanan feveret ku...idok kisah ape2....tapi paling takut makan ikan keli n spesis dgn yer....

5. .................-->sila tanya hua sheng...

erk...sape hua sheng...saye idok tau ini mamat...sowie erk...no komen..no komen...=P

6. Warna kesukaan

paling obses ngan color ungu...idup ungu!!!!!!hehehe

7. Benda yang mesti ada dalam beg

bende yang perlu ade dalam beg...hmmm..jap2 check beg jap...ade anset ungu ku...buku management diary...kotak pensil corak girafahku...spek mate...beg duit teddy bearku...kad matrik institut...gule2...erk...xmkan pn gule nie..entah tahun bile yerk..hohohoho

8. Kali terakhir anda menangis

nanges????hmmm...baru minggu lepas...tapi ia adelah tangisan keinsafan dan penyesalan...huhuhu...baek kew aku???

9. Sikap yang buat anda strezz

saye paling idok suke ngan owang yang nak kongkong(betui kew eja nie...ahh..taram je...hik) hidup saye......lagi satu owang yang asyik nak kasi part senang jew kat die...saye nie watla part yang susah..sampai stress tahap yang melampau....ini terutama dalam assingment la....

10.Tag 6 rakan anda

erk...sape yerk saye mau kene kan...haaa....

bakal adik ipar ku...كاڤل تربڠ كرتس

saudari comey -D-a-H-L-i-a-'s- J-o-u-R-N-a-L™-

saudari sweet cUpiE_cakE cOrnEr

saudara yang kate diri yer sengal...ALBINO

saudara....Tentang AKU,KAMU,DIA dan SIAPA...

saudari sporting...i aM wiF 5tuPid

kepada kawan yang telah di TAGGED oleh saye...maafkan la...saye..yerk...bulan puase nie...hehehehe...

P/S: penat tui menjawab soalan...macm menjawab soalan SPM kertas fizik jew rase....huhuhuhu

until then....Xoxo..=)

EHEM...EHEMM...PEMBERITAHUAN..=P

hohohoho...aku baru jew masukkan site yang baru....aku judulkan site aku tu.....the dark side of me.....Apa aku nak cite dalam site nie macm2....
  • The dark side of me....- lebih pade apa berlaku dalm hidup aku kire macm diari....
  • sai_senpai world..... - lebih pade bg tips...or nasiht...or apa2 jewla yang bukn pasal diriku..
  • this is my life..... - lebih pada memory yang teringat nk cite...hehehe
  • landscape of my life.... - lebih pada nak letak gambr banyak2 laaa......

pade kawan follower rajen cinggah kew blog saye yng simple nie.....banyk angat bende nak kene belajr....hehehehe.....pada walking blog...cudi2 kan diri jadi follower saye....hehehe....until then...Xoxo...=)

Kita ini Tempayan Retak


Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;
" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf.
" Kenapa? " tanya si pengangkut air.
" Kenapa kamu berasa malu? "
" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;
" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.
Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;
" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "
Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.
sumber: iLuvislam.com

PeRsAHabaTaN....=)



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu..
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.....


  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu..


  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.....


  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu....


  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya..


  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya..


  • Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu....


  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia kan meringankan kesusahan kamu..


  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu..


  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu..


  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan..


  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat..


  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat......
Oleh itu....berhati-hatilah jika memilih kawan kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita..

Bila Kesunyian Datang........


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.



Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.



Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.



Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.



Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.



DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.



Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.



Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.



Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?



Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.



Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.



Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.



Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”
sumber: iLuvislam.com

Lima cara syukuri nikmat


KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."


Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita. Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahuberterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.


Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.


Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.


Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur. Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan?


Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.


Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.


Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.


Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.


Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.


Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Belajar Ilmu Ikhlas


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya."Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.""Tak payah, bawa sahaja karung guni.""Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya."Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu."Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan."Cukup?""Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar."Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?""Tidak.


Bukankah karung guni mu telah penuh?""Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. "Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu."Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut."Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi."Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?""Tak buat apa-apa.""Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid."Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas...""Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan."Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.""Dengan memikul batu-batu ini?""Ya.


Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu...""Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?""Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat...""Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Pengajaran:Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

_selamat membace dn renung-renungkanlah-

SELEMBAR BULU MATA....


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."
Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
"Silakan", kata malaikat.
"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."
-seLaMat mEMbACE-
sumber: iLuvislam.com....

RaMA-RaMa DaN bUnGa....


Seorang lelaki berdoa kepada Allah SWT agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat. Dia berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberian-NYa berbeza daripada permintaannya . Kemudian dia berfikir, Allah SWT mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah SWT sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah SWT sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah SWT. PERCAYALAH....pastinya Allah SWT sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah SWT tidak gagal memenuhi permintaan hamba-Nya.
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh DURI hari ini adalah BUNGA hari esok......=)
-Renung-renungkanlah-

"KiSah CinTa SebeNar"

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benarnya cinta yang dicontohkan ALLAH melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama ku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya turun naik menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua." keluh semua sahabat itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang berbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Boleh saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapa itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang mengetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasullulah, Fatimah pun menahan ledakan tangisannya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah "Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khbar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasullulah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam matanya, Ali di sampingnya menundukkan semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapa yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.
"Ya allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat airmanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummati, ummati, ummati" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

-Hayatilah secebis kisah dari diari hidup nabi yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W...sentiasalah berselawat..mudahan selawat kita sampai ke Rasulullah S.A.W...insya-Allah-

Merasai Kemanisan Iman

Dalam kehidupan setiap umat telah diberikan nikmat iman oleh Allah swt. Dalam mencari kedamaian dan keharmonian hidup seharian,sebagai umat Islam kita mestilah mempunyai prinsip yang murni dan sihat. Tingkatan kenikmatan dan kemanisan iman yang dikecapi oleh seseorang bergantung kepada prinsip hidupnya iaitu kasih kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya disamping kasih kepada manusia,dengan tujuan menuntut keredhaan Allah dan benci kepada kekufuran.


Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunai ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:





”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.


Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.


Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;




”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)





Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.


Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.



SUMBER: iLuvislam.Com

Erti PerKahwiNAn....


Di hari yang lain, Plato bertanya kepada gurunya, "Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya mampu menemukannya?"
Gurunya pun menjawab; "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali(menoleh) dan kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan".
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa sahaja.
Gurunya bertanya. "Mengapakah kamu memotong pohon seperti itu?"
Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi di kesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya".
Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ia, itulah perkahwinan".
(Perkahwinan adalah lanjutan dari cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik di antara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya. Ketika kesempurnaan ingin kamu dapatkan, maka sia-sialah waktu dalam mendapatkan perkahwinan itu, kerana, sebenarnya kesempurnaan itu mengecewakan.)

ErTi CiNtA.......


Suatu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukan cinta?


Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta." Plato pun berjalan, dan tidak beberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.


Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali(berbalik)".


"Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tidak ku ambil ranting tersebut. Saat aku meneruskan perjalanan lebih jauh lagi, baru aku sedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun akhirnya".


Gurunya kemudian menjawab, "Jadi ya, itulah cinta".


(Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan. Cinta adanya di dalam lubuk hati, ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih. Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta, maka dia dapat adalah kehampaan....tiada sesuatupun yang dia dapat, dan tidak dapat dimundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar mundur. Terimalah cinta apa adanya.)


sInar Cahaya Ayat Kursi.....

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk ke dalam rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



HIKMAT AYAT AL-KURSI MENGIKUT HADIS-HADIS:
1. Barang siapa membaca ayat AL-KURSI bila berbaring di tempat tidurnya. Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat AL-KURSI di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat AL-KURSI di akhir tiap solat, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca surah AL-KURSI di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah SWT melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca surah AL-KURSI sebelum keluar rumah, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya- mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca surah AL-KURSI di akhir solat, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat AL-KURSI ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

-Jangan bace jew...amalkan...Insya-ALLAH....-

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.



Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

#Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
#Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
#Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
#Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
#Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
#Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.



Sumber: iLuvislam.com